30 December 2010

PDRM


Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.
Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.
Cara Memohon
Konstabel & Konstabel Sokongan
Permohonan hendaklah dengan menghantar borang POL 1/2008 yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) apabila iklan bagi jawatan berkenaan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web rasmi PDRM (www.rmp.gov.my).
Peringatan
Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Pertanyaan

Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur
Tel : 03-22668345



 Kelayakkan Memohon Jawatan Konstabel
1.     JAWATAN KONSTABEL 
        Rujukan: FTMT1/2010 DLM KPN (PR) 114/4
2.     2.1     Jabatan                            :     Polis Diraja Malaysia
        2.2     Kumpulan Perkhidmatan     :     Sokongan
        2.3     Klafisikasi Perkhidmatan    :     Perkhidmatan Polis
3. JADUAL GAJI DAN ELAUN PEGAWAI RENDAH POLIS
Pangkat
Perinkat Gaji(RM)
Elaun Khidmat
(RM)
Elaun Insentif
(RM)
Elaun Perumahan Semenanjung(RM)
Pelatih
897.00
155.00
200.00
-
Konstabel
897.00 - 2256.19
115.00
200.00
275.00
Lans Koperal
1386.21 - 2515.57
115.00
200.00
275.00
Koperal
1071.61 - 2865.29
115.00
200.00
275.00
Sarjan
1513.62 - 3436.40
160.00
200.00
275.00
Sarjan mejar
1773.16 - 3555.47
160.00
200.00
300.00
Sub Inspektor
2032.71 - 3810.02
160.00
200.00
300.00
*semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM 50.00 hingga RM 150.00 mengikut Pusat Latihan.
4.     SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
        4.1     Warganegara malaysia
        4.2     Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
        4.3     Kelayakan:
     4.3.1     Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktraf setaraf oleh kerajaan;  dan
      
4.3.2     Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
       4.3.3     Bagi pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka mestilah mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
5.     Pegawai rendah polis yang sedang berkhidmat sebagai konstabel sokongan boleh juga memohon. Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.
6.     TARAF JAWATAN        
Taraf jawatan adalah TETAP
7.     KELAYAKAN FIZIKAL        
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
        7.1     Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa bersepatu;
        7.2     Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita
        7.3     Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
        7.4     Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan;
        7.5     Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
        7.6     Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
8.     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
        Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Polis Rendah dan Konstabel adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
9.     DISKRIPSI TUGAS
        Menjalankan tugas-tugas kepolisian selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan di udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman  dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.
10.    FAEDAH KERJA
        Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:
        a.     Kemudahan perubatan percuma
        b.     Bayaran insentif wilayah
        c.     Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar di antara RM 50 hingga RM 300 mengikut negeri atau daerah
        d.     Kemajuan Pangkat selepas 4 tahun perkhidmatan dan disahkan dalam perkhidmatan layak dimajukan ke pangkat Lans Koperal. (Gaji Permulaan RM1,386.21)



Kelayakkan Memohon Jawatan Inspektor
1.     INSPEKTOR         
        Rujukan:FTMT 3/2010 DLM KPN (PR) 114/3
        1.1     Kementerian/Jabatan : Polis Diraja Malaysia
        1.2     Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
        1.3     Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Polis
2.     JADUAL GAJI : GRED YA 13
Pangkat
Peringkat
gaji 
(RM)
Elaun khidmat (RM)
Elaun
COLA 
(RM)
Elaun insentif 
(RM)
Elaun perumahan semenanjung (RM)

Pelatih

2060.28

300.00

150.00

-

-
Inspektor
2060.28 -
4511.09
300.00

100-300

 (mengikut daerah/
negeri)
200.00
420.00
3.     SYARAT LANTIKAN:-
        3.1     Wargenegara Malaysia.
        3.2     Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
        3.3     Kelayakan Akademik:
        3.3.1     Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T1); ATAU
       3.3.2     Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T2); ATAU
        3.3.3     Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T3); ATAU
      3.3.4     Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T4); ATAU
        3.3.5     Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf atau setaraf dengannya daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T5); ATAU
        3.3.6     Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan / Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T6); ATAU
        3.3.7     Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T7); ATAU
        3.3.8     Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T5); ATAU
       3.3.9     Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T7); ATAU
          3.3.10   Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4.     TARAF JAWATAN
        Taraf jawatan adalah TETAP
5.     KELAYAKAN FIZIKAL
        Kelayakan fizikal bagi jawatan ini hendaklah mempunyai ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:-
        5.1     Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa bersepatu;
        5.2     Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita
        5.3     Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
        5.4     Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan;
        5.5     Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
        5.6     Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
6.     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
        Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
7.     DISKRIPSI TUGAS
        Menjalankan tugas-tugas kepolisian selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas danJabatan Siasatan Jenayah Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
8.     FAEDAH KERJA
        Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:
- Inspektor adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis yang kosong apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan dan diperaku layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh pegawai memerintahnya.
- Bayaran Insentif Wilayah (bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
- Elaun Pakaian Seragam
- RM 500.00 setahun
- Elaun Sara Hidup
- RM 300.00
Kemudahan Perubatan
- Percuma
- Elaun Insentif PDRM
- RM 200.00

27 December 2010

Kereta PDRM

Toyota Camry

Naza (Kia) Forte

Naza (Kia) Forte
 
Naza (Kia) Forte
Satria GTI

26 December 2010

Presentation 3D Building


Please try comment how the presentation... ^^

06 December 2010

Lawatan ke Unit Udara PDRM Pangkalan Sabah di Kota Kinabalu 2-12-2010

 Unit Udara PDRM Pangkalan Sabah di Kota Kinabalu

SUKSIS UMS ke Unit Udara Polis (UUP)

Lim Tze Feng & Geoffrey

 Badan Helikopter PDRM

Bersama kawan

Kapal terbang PDRM

Pilatus Panten PDRM

Tempat duduk depan Pilatus Panten PDRM

Pilatus Panten PDRM

Chief Inspektor Tuan Syed menyampaikan cenderahati kepada Sarjan Jeffrey Adam


Waktu balik, sempat ambil gambar dengan kawan di depan UUP
 
 Bangunan Unit Udara PDRM

Landasan kapal terbang Unit Udara PDRM