30 December 2010

PDRM


Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.
Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.
Cara Memohon
Konstabel & Konstabel Sokongan
Permohonan hendaklah dengan menghantar borang POL 1/2008 yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) apabila iklan bagi jawatan berkenaan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web rasmi PDRM (www.rmp.gov.my).
Peringatan
Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Pertanyaan

Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur
Tel : 03-22668345



 Kelayakkan Memohon Jawatan Konstabel
1.     JAWATAN KONSTABEL 
        Rujukan: FTMT1/2010 DLM KPN (PR) 114/4
2.     2.1     Jabatan                            :     Polis Diraja Malaysia
        2.2     Kumpulan Perkhidmatan     :     Sokongan
        2.3     Klafisikasi Perkhidmatan    :     Perkhidmatan Polis
3. JADUAL GAJI DAN ELAUN PEGAWAI RENDAH POLIS
Pangkat
Perinkat Gaji(RM)
Elaun Khidmat
(RM)
Elaun Insentif
(RM)
Elaun Perumahan Semenanjung(RM)
Pelatih
897.00
155.00
200.00
-
Konstabel
897.00 - 2256.19
115.00
200.00
275.00
Lans Koperal
1386.21 - 2515.57
115.00
200.00
275.00
Koperal
1071.61 - 2865.29
115.00
200.00
275.00
Sarjan
1513.62 - 3436.40
160.00
200.00
275.00
Sarjan mejar
1773.16 - 3555.47
160.00
200.00
300.00
Sub Inspektor
2032.71 - 3810.02
160.00
200.00
300.00
*semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM 50.00 hingga RM 150.00 mengikut Pusat Latihan.
4.     SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
        4.1     Warganegara malaysia
        4.2     Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
        4.3     Kelayakan:
     4.3.1     Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktraf setaraf oleh kerajaan;  dan
      
4.3.2     Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
       4.3.3     Bagi pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka mestilah mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
5.     Pegawai rendah polis yang sedang berkhidmat sebagai konstabel sokongan boleh juga memohon. Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.
6.     TARAF JAWATAN        
Taraf jawatan adalah TETAP
7.     KELAYAKAN FIZIKAL        
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
        7.1     Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa bersepatu;
        7.2     Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita
        7.3     Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
        7.4     Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan;
        7.5     Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
        7.6     Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
8.     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
        Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Polis Rendah dan Konstabel adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
9.     DISKRIPSI TUGAS
        Menjalankan tugas-tugas kepolisian selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan di udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman  dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.
10.    FAEDAH KERJA
        Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:
        a.     Kemudahan perubatan percuma
        b.     Bayaran insentif wilayah
        c.     Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar di antara RM 50 hingga RM 300 mengikut negeri atau daerah
        d.     Kemajuan Pangkat selepas 4 tahun perkhidmatan dan disahkan dalam perkhidmatan layak dimajukan ke pangkat Lans Koperal. (Gaji Permulaan RM1,386.21)



Kelayakkan Memohon Jawatan Inspektor
1.     INSPEKTOR         
        Rujukan:FTMT 3/2010 DLM KPN (PR) 114/3
        1.1     Kementerian/Jabatan : Polis Diraja Malaysia
        1.2     Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
        1.3     Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Polis
2.     JADUAL GAJI : GRED YA 13
Pangkat
Peringkat
gaji 
(RM)
Elaun khidmat (RM)
Elaun
COLA 
(RM)
Elaun insentif 
(RM)
Elaun perumahan semenanjung (RM)

Pelatih

2060.28

300.00

150.00

-

-
Inspektor
2060.28 -
4511.09
300.00

100-300

 (mengikut daerah/
negeri)
200.00
420.00
3.     SYARAT LANTIKAN:-
        3.1     Wargenegara Malaysia.
        3.2     Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
        3.3     Kelayakan Akademik:
        3.3.1     Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T1); ATAU
       3.3.2     Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T2); ATAU
        3.3.3     Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T3); ATAU
      3.3.4     Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T4); ATAU
        3.3.5     Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf atau setaraf dengannya daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T5); ATAU
        3.3.6     Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan / Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T6); ATAU
        3.3.7     Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T7); ATAU
        3.3.8     Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T5); ATAU
       3.3.9     Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13;P1T7); ATAU
          3.3.10   Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4.     TARAF JAWATAN
        Taraf jawatan adalah TETAP
5.     KELAYAKAN FIZIKAL
        Kelayakan fizikal bagi jawatan ini hendaklah mempunyai ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:-
        5.1     Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa bersepatu;
        5.2     Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita
        5.3     Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
        5.4     Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan;
        5.5     Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
        5.6     Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
6.     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
        Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
7.     DISKRIPSI TUGAS
        Menjalankan tugas-tugas kepolisian selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas danJabatan Siasatan Jenayah Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
8.     FAEDAH KERJA
        Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:
- Inspektor adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis yang kosong apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan dan diperaku layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh pegawai memerintahnya.
- Bayaran Insentif Wilayah (bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
- Elaun Pakaian Seragam
- RM 500.00 setahun
- Elaun Sara Hidup
- RM 300.00
Kemudahan Perubatan
- Percuma
- Elaun Insentif PDRM
- RM 200.00

75 comments:

  1. jadi apply lah masuk polis inspektor...
    keluar terus pegawai tinggi...
    gaji pun 3k keatas...
    hehe...
    ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try je..mhon,jgn xg lak.nanti blcklist spa

      Delete
    2. Try je..mhon,jgn xg lak.nanti blcklist spa

      Delete
  2. kalo aku apply...brapa ya gaji?? yg bole dapat...huaahahahahhahaaa

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam nak tanye skrg gaji pokok konstabel adalah 1013 eleun skrg da lain kan boleh tak saya tahu senarai elaun untuk kosntabel skrg

    ReplyDelete
  5. bagus apply inspektor..lama tul nak tunggu posting guru huhu..

    ReplyDelete
  6. Gaji inspektor baru skrg 2200 .elaun insentif 200.khdmat 300. Cola 300. Rumah 420.elaun pegawai penyiasat 300... konstabel 1013 elaun insentif 200.khdmat 115.cola 300. Elaun tgs 200.rumah 275.motosikal 120

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi konstabel gaji skrg tambah elaun semua pun sampai 2k?

      Delete
  7. Sori gaji baru inspektor 2329

    ReplyDelete
  8. gaji + elaun utk inspektor total semua skali berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inspektor rasa-rasanya ada 3k lebih... ^^

      Delete
  9. byk juga gaji dieorg ni..penah berkawan ngn golongan2 ni..tp knp dieorg asik ckp xde duet je..xphm la..huhu

    ReplyDelete
  10. elaun bagi pelatih inspector dalam 9 bulan tu berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM2k lebih, ada nyata dalam surat tawaran pelantikan.

      Delete
  11. Pelatih dia BG basic .elaun cola sparuh n elaun khidmat sahaja dkt 3k

    ReplyDelete
  12. Salam Bro..boleh PM no phone kat saya 0183748443..sy dpt polis sarjan..tpi dlm dilema nk lpor diri or x..harap klu dpt borak gan bro soalan berkaitan tugas2 polis dpt sy buat kptsan..kerajaan skrg ssah dpt..harap bro dpt PM no kat foh sya atas tu..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegilah klu da bpeluang dpt.. rugi klu lepas. tp, tugas mmg ada berat sikit laa.. bgantung dgn cawangan u dpt nti ..nama pun AIO bukan ? klu jd IO pun sma jak ... so, kptsn d tgn u ...


      sincerely,
      aio komersil

      Delete
  13. sbb tu yg byk diisytihar bankrup mrk yg keje krjn...hu3

    ReplyDelete
  14. yg masih training dlm polis pun dh pkai credit card...sbb tu mrk tkde duit..sbb nk byr hutang credit card...hu3.....sbb tu kbykknnya yg diisytihar muflis golongan muda yg baru nk naik...dan kakitangan krjn....hu3

    ReplyDelete
  15. yg masih training dlm polis pun dh pkai credit card...sbb tu mrk tkde duit..sbb nk byr hutang credit card...hu3.....sbb tu kbykknnya yg diisytihar muflis golongan muda yg baru nk naik...dan kakitangan krjn....hu3

    ReplyDelete
  16. saya lepasan degree in pharmacy. kalau saya apply utk inspector, mana satu gred gaji saya nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gred 41..gaji 2328.12..
      Kenaikan tahunan 230..

      Delete
  17. Boleh ke saya lepasan ijazah kepujian sains kulinari nk aply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk
      http://www.spa.gov.my/web/guest/inspektor

      Delete
  18. Saya baru dapat surat panggil interview semalam, cuma nak tanya, saya ada sijil kemahiran sahaja, pengalaman bekerja banyak la, sekarang tengah fikir nak down grade gaji dari 4000 plus pergi ke 1000 lebih. banyak beza tu, ada anak kecik sorang ni lagi. mintak pendapat bro? terima kasih.

    ReplyDelete
  19. saya sedikit musykil kenapa tangga gaji lans koperal(Rm1386.27-Rm2525.57) itu lebih tinggi dari koperal(Rm1071.61-Rm2865.29)?

    ReplyDelete
  20. Hi..ad sesape prnh attend intrvw tuk jwtan inspector?mohon share pngalmn..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, pengalaman tu xde lg..cuma kawan2 yg area johor dalam minggu ini dorg IV..calon2 Negeri Sembilan dalam bulan ni gak..sy kene IV 31hb Disember ni..soalan berkenaan dgn Integriti berkemungkinan besar akan disoal lg semasa IV

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. salam bro sy nk tanya..ape perbezaan konstabel dan konstabel sokongan?

    ReplyDelete
  23. gaji baru inspector sekarang berapa

    ReplyDelete
  24. bape bulan training konstebal sokogan?? nak tanye sikit fon mmg tak boleh bawak ke?

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum... nak tanye...ape elaun2 tetap yang polis2 akan dapat every month ye,,,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..ada kwn2 ckp mmg evry month dpt☺

      Delete
    2. Waalaikumsalam..ada kwn2 ckp mmg evry month dpt☺

      Delete
  26. Kalau saya pula ingin mjdi polis bukan kerana gaji semata tetapi hanya kerana minat dan ingin berbakti kepada negara. Apapun saya berharap dapat menyertai PDRM vat 69

    ReplyDelete
  27. Kalau saya pula ingin mjdi polis bukan kerana gaji semata tetapi hanya kerana minat dan ingin berbakti kepada negara. Apapun saya berharap dapat menyertai PDRM vat 69

    ReplyDelete
  28. saya diploma art and design, layak x saya memohon.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Saya diploma dalam penguatkuasaan undang-undang dan pantadbiran..layak atau tidak saya nk buat permohonan?? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konfem boleh punya,, mungkin dpt dikerah masuk bahagian pendakwaan dan undang2 kat JSJ ..

      Delete
  31. Hi tmpg tya encik geoffrey..surt twrn inspektor 2016 sd kena edar ka ya?mna tau encik geofrey sd dgr ura2 kn..klu ad sd.blh bgtw dlm post sterusny.tq

    ReplyDelete
  32. Hi tmpg tya encik geoffrey..surt twrn inspektor 2016 sd kena edar ka ya?mna tau encik geofrey sd dgr ura2 kn..klu ad sd.blh bgtw dlm post sterusny.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sy tahu bab surat ni semua pkai laman web dia rpm.

      Delete
    2. Ye akak setiap bulan gaji masuk.. Cuma basic saja la.. Elaun setelah tamat latihan 6 bulan baru dibyar.. Info dr kwn2 yg dh p traning la

      Delete
    3. Ye akak setiap bulan gaji masuk.. Cuma basic saja la.. Elaun setelah tamat latihan 6 bulan baru dibyar.. Info dr kwn2 yg dh p traning la

      Delete
    4. Yg sy tahu bab surat ni semua pkai laman web dia rpm.

      Delete
  33. nk tnya...kalau dlm polis,boleh tak sambung belajar ?

    ReplyDelete
  34. nk tnya...kalau dlm polis,boleh tak sambung belajar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, ambil part time study untuk upgrade rank

      Delete
  35. salam. nak tanye kalau training di sabah atau sarawak dapat ke elaun seberang yer

    ReplyDelete
  36. salam ... mcm mna na apply polis guna diploma yer ???kene ikut temuduga konstabel dulu ke ?????atau dia ada buka temuduga untuk sarjan ????

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum tuan/puan sy bru shja hbis spm2016 dan telah mndpt 5kpujian dlm mtpljrn trmsuk bhsa mlyu tp mth sy gagal adkh sy lyk utk mohon jwtn konstabel YA1 mohon penjelasan trima kasih...

    ReplyDelete
  38. salam...kalau ijazah sarjana muda syariah dan usuluddin, boleh ke nak mohon jadi inspektor polis? mohon pencerahan.....

    ReplyDelete
  39. salam... nak tnye dlm lazihan fi pulapol kita dibayar elaun tiap2 bulan ke?

    ReplyDelete
  40. jika dalam PULAPOL selama setahun untuk jawatan Inspektor, dibayar elaun ke selama setahun tu? thanks in advance!

    ReplyDelete
  41. assalam..ada ssiapa tak boleh tolong bagi pencerahan mcm mna hala tuju lepas SPM utk jadi polis. adik saya lepasan SPM nak sgt jadi polis,.xtau cara nak sambung beljr smua mcm mna.

    ReplyDelete
  42. Bagaimana jika sy ada ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan, dan ingin meneruskan kerjaya dalam PDRM dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti siasatan kewangan/siasatan forensik accounting. Bagaimana ye? Adakah perlu menjalani latihan fizikal seperti permhonan inspektor? Harap soalan dibalas terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk disini. Sekarang nak mohon jadi pengawai polis guna SPA online. http://www.spa.gov.my/inspektor

      Delete
  43. Bila pengambilan konstabel 2018?

    ReplyDelete
  44. saya ada degree tapi apply konst. mcm mana nk upgrade rank ke insp?kene tunggu tahun ke?

    ReplyDelete
  45. selamat tahun baru semua... 2019...

    ReplyDelete
  46. Klw nk jadi inspektor ijazah kepujian apa yg boleh diambil selain akaun, undang2? Tolong recommend bidang apa yg boleh saya ambil.Tmeksih.

    ReplyDelete
  47. Salam sejahtera
    Tinggi 157 tapi berat 43-44kg sahaja...boleh masuk polis tak?

    ReplyDelete
  48. Salam sejahtera,
    Tinggi 157 tapi berat 43-44kg sahaja,
    Boleh ke saya memohon polis wanita?

    ReplyDelete
  49. Berapa elaun time training konstabel kinek tok owh mcm ni elaun ya diberi

    ReplyDelete
  50. Dalam masa training di pulapol,adakah kita kena bayar semua peralatan train,bayar sendiri setiap pengurusan dlm Pylapol tu.

    ReplyDelete
  51. Salam. Sya mahu tnya satu soalan antara sarjan dan inpektor mana yang okay menurut encik.. Adakah 2 jawatan ini sangat sangat sibuk ? Dan apa mereka lakukan.

    ReplyDelete
  52. So klau inspektor tu keluar dari latihan jadi inspektor percubaan dku selama 3 tahun pastu baru jadi inspektor?

    ReplyDelete
  53. Assalam. Nak tanye. Kalau skim gaji ikut kelulusan spm,stpm,diploma atau ijazah ?

    ReplyDelete
  54. Sarjan buang kat mana tuan?? 😂😂

    ReplyDelete
  55. Salam nak tanya, kalau ambil course sarjana muda dalam bidang komunikasi boleh dapat apply x ?

    ReplyDelete