05 November 2010

Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar


YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Hj Omar dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Hj Omar telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan yang bersara pada 12 September 2010. Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau "Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya".
"Saya akan bekerja berpaksi kepada bidangkuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan negara Malaysia"

No comments:

Post a Comment